Silsilah Sayyidii as-Sheikh Syarif HidaayatullaaH Al-Khan Ibn Sayyid ‘Umadtuddin Abdullah Al-Khan QoddasallaaHu ta’aalaa SirruH (Sunan Gunung Jati)

SalaamullaaHu ‘alaikum.

Sayyid Sheikh Syarif HidaayatullaaH al-Khan, Sunan Gunung Jati (Gambaran pelukis mistik)

AlhamdulillaaH wa syukrulillaaH. Ada baiknya ambo perturunkan silsilah sanad keluarga Wali Besar yang amat dikenali di Tanah jawa dengan Gelaran Sunan Gunung Jati yang berketurunan Kerajaan Melayu Kelantan Tua dari keturunan Sheikh Jumadil Kubro ini.

Sunan Gunung Jati @ Sayyidii as-Sheikh Syarif HidaayatullaaH Al-Khan bin

.Sayyid ‘Umadtuddin Abdullah Al-Khan bin

.Sayyid ‘Ali Nuruddin Al-Khan @ ‘Ali Nurul ‘Alam bin

.Sayyid Syaikh Jumadil Qubro @ Jamaluddin Akbar Al-Khan bin

.Sayyid Ahmad Shah Jalal @ Ahmad Jalaludin Al-Khan bin

.Sayyid Abdullah Al-‘Azhomatu Khan bin

.Sayyid Amir ‘Abdul Malik Al-Muhajir (Nasrabad,India) bin

.Sayyid Alawi Ammil Faqih (Hadhramaut) bin

.Muhammad Sohib Mirbath (Hadhramaut)bin

.Sayyid Ali Kholi’ Qosim bin

.Sayyid Alawi Ats-Tsani bin

.Sayyid Muhammad Sohibus Saumi’ah bin

.Sayyid Alawi Awwal bin

.Sayyid Al-Imam ‘Ubaidillah bin

.Ahmad al-Muhajir bin

.Sayyid ‘Isa Naqib Ar-Rumi bin

.Sayyid Muhammad An-Naqib bin

.Sayyid Al-Imam Ali Uradhi bin

.Sayyidina Ja’far As-Sodiq bin

.Sayyidina Muhammad Al Baqir bin

.Sayyidina ‘Ali Zainal ‘Abidin bin

.Al-Imam Sayyidina Hussain

Al-Husain putera Ali bin Abu Tholib dan Fatimah Az-Zahro binti Muhammad

——
manakala susur galur silsilah dari sebelah ibu Baginda (Rarasantang/ SyarifaH Muda’im) pula adalah dari raja Pajajaran (Pakciknya iaitu Walangsungsang@Cakrabuana@Sri Manggana@Mbah Kuwu Cirebon Girang itu sangat terkenal dengan ilmu Asma Sungei Raja yang aslinya, yang telah diterimanya langsung daripada Nabi Khidir as sebagai ilmu bekal mengembangkan Islam di Tanah Jawa).

P.S: bagindalah pendiri Keilmuan Tapak Suci yang terkenal di Kelantan itu. WallaaHu ‘alam.

Kompleks Maqam Sunan Gunung Jati di Gunung Sembung:

1. Sunan Gunung Jati, 2. Fatahillah, 3. Syarifah Muda’im, 4.Nyi Gedeng Sembung (Nyi Qurausyin), 5. Nyi Mas Tepasari, 6. Pangeran Cakrabuana, 7. Nyi Ong Tien, 8.  Dipati Cirebon I, 9. Pangeran Jakalelana, 10. Pangeran Pasarean, 11. Ratu MAs Nyawa, 12. Pangeran Sedang Lemper, 13. Komplek Sultan Panembahan Ratu, 14. Adipati Keling, 15. Komplek Pangeran Sindang Garuda, 16. Sultan Raja Syamsudin (Sultan Sepuh I), 17. Ki Gede Bungko, 18. Komplek Adipati Anom Carbon (Pangeran Mas), 19. Komplek Sultan Moh. Badridin, 20. Komplek Sultan Jamaludin, 21. Komplek Nyi Mas Rarakerta, 22. Komplek Sultan Moh. Komarudin, 23. Komplek Panembahan Anom Ratu Sesangkan, 24. Adipati Awangga (Aria Kamuning), 25. Komplek Sultan Mandurareja, 26. Komplek Sultan Moh. Tajul Arifin, 27. Komplek Sultan Nurbuwat, 28. Komplek Sultan Sena Moh. Jamiudin, 29. Komplek Sultan Saifudin Matangaji
PINTU SEMBILAN:I. Pintu Gapura, II. Pintu Krapyak, III. Pintu Pasujudan, IV. Pintu Pasujudan, IV. Pintu Ratnakomala, V. Pintu Jinem, VI. Pintu Raraoga, VII. Pintu Kaca, VIII. Pintu Bacem, IX. Pintu Teratai

Tahannuth Khusus Sempena MaulidurRasuul saw 1432H

SalaamullaaHu ‘alaikum.

Kepada semua ahli jemaah Qudrah (Sirrun Nuun), saya akan mengadakan tahannuth khusus sebagaimana berikut:

Tarikh: 12 Rabi’ul Awwal 1432H/15 Februari 2011M

Masa: Tepat jam 8.00 pagi – 8.30 pagi (waktu Malaysia)

Tempat: Tempat tinggal masing-masing.

Tatacara umum:

1) Al-Fatihah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw sebanyak 11x

2) al-ikhlas 3x

3) al-falaq 3x

4) an-Naas 3x

5) Ayat Kursi 9 waqaf 1x

6) Berniat dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mengadakan tahannuth/tafakur kerana Allah swt dan lahirkan rasa kasih dan sayang kepada Junjungan besar Nabi Muhammad saw

7) Lihat ke dalam diri (hati) dan timbulkan kesedaran kepada rasa kasih kepada AllaaH swt dan RasulullaaH saw.

8) Berzikir “ya AllaaH” diselang selikan dengan sebarang selawat, dalam hati tanpa menghilangkan perkara no. 7 di atas. Buat tanpa dihitung selama tahannuth.

Perhatian!

Saya juga menjemput sesiapa sahaja dari kalangan orang awam Muslim, yang membaca blog ini, untuk turut sama. Jika berminat, cuma semasa niat itu masukkan sekali niat untuk bersama-sama dengan jemaah Qudrah/Sirrun Nuun bertahannuth dan Jemaah majelis Zikir Akbar Habib Munzir Bin Fuad al-Musawwa ra. Semoga bermanfaat.

Jika anda minat, sila komen di bahagian post ini dengan menyertakan nama sebenar anda untuk turut sama didoakan.

Wassalaam.

Nota: Pembetulan waktu telah dibuat. Majlis ini dibuat bersamaan/sinkron dengan majelis zikir akbar al-Habib Munzir al-Musawwa.

Rawatan buasir, masalah peranakan berbau/sakit, senggugut, ulcer dalam perut.

Bahan:

Sebiji buah delima dan 5 helai daun sirih.

Cara:

bahan-bahan itu direbus dalam air satu periuk sedang besarnya, sehingga mendidid dan baki air dalam periuk tinggal sepertiga.

Airnya dibuat minum sebelah pagi dan petang, juga sebelum tidur.

bahan-bahan boleh diproses semula sekali lagi untuk penggunaan keesokan harinya dengan syarat disimpan dengan baik dalam peti ais.

Lakukan selama minimum seminggu dan sebaiknya diamalkan selama sakit.

Rawatan Menggunakan Limau Purut

Berikut ambo perturunkan salah satu kaedah ikhtiar rawatan dengan menggunaan limau purut bagi muallij sedia ada. Jika belum mengambil mana2 kursus rawatan, kaedah ini tidak semudah yang dibaca. Namun semuanya adalah di atas izin dan redho Allah swt.

Kaedah rukyah dan belah batin

Bahan2:

Sediakan limau 21 biji (3 biji  sehari)

Bacaan:

1. Shahadatain

2. Fatihah buat Junjungan Besar Mulia Nabi Muhammad saw

3. hasbalah dan hauqalah (hasbiyallaaHu wani’mal wakiil, wa ni’mal maulaa, wa ni’mannaSiir. Wa laa haula wa laa quwwata illa billaaHil ‘aliyyal ‘aZiim)

3. Membaca ayat2 rukyah pada 21 biji limau purut.

-Perahkan perahan 3 biji limau pada ubun2 pesakit.

-selesai perahan limau, pergi ke belakang pesakit dan qasadkan kalimah Allah pada telapak tangan. Bacakan shahadatain dan niat menghalakan energi ke lima2 jari tangan kanan dan buat isyarat belahan bermula dari kepala sampai ke tulang sulbi.

-Lakukan tarikan atau niat membersihkan diri pesakit daripada unsur2  yang tidak pantas/tidak baik/sihir dan sebagainya.

-syahdatain lagi dan isyarat menutup belahan.

Limau yang telah digunakan tadi dimasukkan dalam sebaldi air, dikacau dan buat mandian.

Perhatian: Limau yang telah digunakan tidak boleh dibuang selagi belum selesai rawatan 7 hari. Setelah selesai rawatan 7 hari, semua sisa limau ditanam dalam tanah.

Perkara di atas dibuat 7 hari berturut-turut.

Amalan pendinding ringkas 1

Di baca 1012 kali selepas subuh, asar atau maghrib dengan harapan mendapat perlindungan Allah swt. daripada sekelian kejahatan makhluk.

Jika tidak sanggup, boleh di baca zikir يا حَفِيظ juga sebanyak bilangan di atas.

Inilah wiridnya.

Amalan Pendinding Ringkas 1
Amalan Pendinding Ringkas 1

Doa Muktabar 1

Ambo poskan satu doa muktabar untuk keselamatan dan manfaatnya yang pelbagai dan sangat elok dibaca setiap hari selesai solat fardu.

Sesiapa yang membacanya dengan ikhlas dan berharap pada rahmat Allah swt akan mendapat pahala seperti:

1. Pahala seperti buat haji 360 kali
2. khatam al-quran 360 kali
3. Membebaskan/memerdekan 360 orang hamba sahaya
4. Bersedeqah sebesar 360 Dinar
5. Memberikan kebahagiaan kepada 360 kesedihan

dan banyak lagi manfaatnya.

WallaaHu a’lam.


Berikut adalah doanya:

Doa muktabar 1
Doa muktabar 1

مرحبا بكم…

سلام الله عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala kesyukuran, ambo panjatkan ke hadhratullaaH swt, Robb sekelian makhluk, yang dipuja dan disembah, dalam setiap gerak tingkah, terpancar dari seluruh roma dan setiap sirr nafas. Ambo sampaikan salam kemulian di atas segala kemuliaan makhluk, kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, yang ambo dambakan kasih sayangnya, rindu kasih padanya.

Syukur pada MU ya AllaaH, kerana masih mengizinkan ambo membuat coretan di blog yang baru ambo nok mula balik.

Ambo mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung ke blog ambo yang serba serbi ringkas ini. Ambo pun belum pasti lagi nok isi maklumat tingkat mana dalam blog ni. Insyaa AllaaH, ambo akan cuba mengisinya dengan maklumat yang bermanfaat buat pengunjung dan diri ambo sendiri.

Namun, ambo berharap sangatlah, agar segala komen yang diberikan ada;lah membina. Kerjasama sahabat-sahabat pengunjung sekelian amat diperlukan bagi memastikan blog terisi dengan hikmaH.

والسلام عليكم ورحمةالله وباركاته