Sedikit Coretan Majlis Himpunan Pewaris Perguruan Seni Tapak Suci 2011

Salaamun ‘alaikum.

Segala puji dan syukur kepada AllaaH swt yang telah mengizinkan kami, guru-guru tua, lama, wakil-wakil guru dan murid berkumpul di bawah satu bumbung dalam rangka perhimpunan sulung perguruan.

Rancangan ini sebenarnya dah lama ambo dok fikir-fikir tapi tak pernah kesampaian. Sehingalah, YB Dato’ Ustaz Nik Mohd Amar, membukakan cadangan secara terbuka di laman web PSTS http://tapaksuci.net beberapa bulan yang lepas. YB adalah merupakan bakal penanggung amanah perguruan yang diwasiatkan sendiri oleh Guru Utama PSTS kelantan iaitu Allahyarham Tuan Guru Hj Zakaria Bin Wan Abdullah yang lebih mesra dengan gelaran ‘Abe Ya’. Ambo lah yang mendengar amanah ini dari mulut beliau sendiri semasa beliau masih ada di dunia ini.

Majlis ini dihadiri oleh pelbagai lapisan tingkat guru dari lapis pertama sehinggalah wakil-wakil guru lapis 3. Ada juga yang hadir untuk diinisiasi dan pengijazahan. Di antara guru tua yang hadir adalah YB dato; sendiri dan Paksu Yassin, Kg Gunung. Manakala guru-guru lain adalah seperti Abang Mat dari Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Tuan Azhar Tuan Mat, Ustaz Fakhruddin, Merapoh, Pahang dan ramai lagi.

Majlis telah diadakan pada 3 September 2011 bertempat di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan yang dianjurkan oleh YB Dato’ sendiri.

Di bawah ini ada beberapa rakaman yang boleh dihayati bersama. Ada rakaman yang saya perolehi daripada blog Ustaz Fakhruddin (http://nuras-syifa.blogspot.com), FB Pewaris Tapak Suci Abg Mat PCB dan sumber-sumber lain. Mereka bersusah payah ambil rakaman sedangkan saya tak dapat nak ke mana-mana bila YB minta dok kat depan dan kena demo langkahan guru. JazaakumullaaH. Bila bila tengok anak-anak buah main kat gelanggang lagi zauk. Mereka masih kuat dan gagah. Stamina bagus. Perut masih belum jauh ke depan lagi. Huhuhu…

 

Video ehsan daripada blog Ustaz Fakhruddin

 

Rakaman pandangan sisi. Video ehsan daripada rakaman Abg Mat PCB. terima kasih Abg Mat (Pautan video di Facebook beliau, http://www.facebook.com/video/video.php?v=2390357681823)

Ambo buat demo untuk hadirin (Langkahan Syarif HidaayatullaaH. Masa ni tengah demam. Bila dah main, rasa segar la pulak. AlhamdulillaaH)

 

Guru Lama (Abg Mat Gelanggang PCB, Kota Bharu, Kelantan) sedang buat demo gerak seni beliau.

 

Demo Jurus Asas 10 oleh murid Guru Tua Paksu Yassin dari gelanggang Kg Gunung, Kelantan.

 

Sebenarnya kebanyakan gelanggang hanya menerima murid dari kalangan mereka yang kukuh pegangan agama atau sedang belajar di sekolah-sekolah pondok (agama) sahaja. Namun, demi menjaga warisan agar tidak putus, gelanggang PSTS akan cuba dibuka semampunya tanpa meninggalkan syarat-syarat yang perlu.

Ada yang tanya pasal fidyah. Hmmm… Ini bergantung kepada guru yang akan perturunkan keilmuan. Ada yang minta disediakan sepersalinan alatan solat, ada yang minta disediakan kain pelikat dan sebagainya. Namun tak ada yang minta sediakan wang tebusan 100 ringgit atau 1000 ringgit.

Apakah pantangnya? Jawabnya adalah, jagalah islam, iman dan ehsan masing-masing agar tetap kukuh dan berada di atas landasan yang haq.

Kepada sesiapa yang beragama islam dan berminat menerima pelajaran PSTS, bolehlah merujuk di laman web rasmi http://tapaksuci.net bagi mencari alamat gelanggang berdekatan jika ada. Jika tiada, bolehlah berkunjung ke mana-mana gelanggang di Kelantan untuk menerima ijazahannya.

Adakah ambo menerima murid? Hmmm… ambo syorkan, pergilah mengadap guru-guru yang lebih tua dahulu.

Ambo akan usahakan menambahkan gambar-gambar perhimpunan jika ada.

Wassalaam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *