Doa Setelah Berbuka Puasa Romadhon

 

Salaamun ‘alaikum yaa Ikhwaanal Muslimiin.

Sempena esok insyaa AllaaH, kita akan mula menunaikan ibadah puasa, maka inginlah saya kongsikan doa setelah berbuka bagi yang belum mengetahuinya. Sebelum itu, inginlah saya menarik perhatian bahawa doa yang biasa dibacakan sebelum berbuka itu yang bermula dengan ” AllaaHumma laka Sumtu…” adalah dhoif dan ada juga yang palsu kerana perawi-perawinya adalah pendusta atau lemah. Haids yang dhoif tidak boleh dijadikan hujah namun untuk diamalkan tiadalah masalah. Namun hadis yang palsu tidak boleh dijadikan sebarang sandaran dengan nya. WallaaHu a’lam.

Berikut adalah doanya setelah berbuka daripada hadis hasan (baik mutunya):

Dalam hadis riwayat Abu Dawud, al-Nasa-i, al-Hakim dan lain-lain menerangkan bahwa Ibnu ‘Umar ra berkata: Rasulullah (saw) apabila selesai berbuka puasa, Baginda (saw) membaca doa,

“ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ الله”

Dalam romanisnya, “(dz)aHabazZomaa-k, wabtallatil ‘uruuq, wa (ts)abatal ajr, Insyaa AllaaH”.

yang bermaksud:

“Telah hilang rasa haus, Urat-urat telah basah, Dan pahala telah ditetapkan, Insyaa AllaaH”

Bacalah setelah kita berbuka. Sebelum berbuka bacalah doa sebelum makan yang biasa dengan diawali dengan BismillaaH…

Wassalaamu ‘alaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *