Kepelbagaian Versi Amalan Tapak Suci?

SalaamullaaHu ‘alaikum.

Saya pernah diberitahu oleh seorang murid saya bahawa beliau ditanya oleh oleh seorang ahli TS lain mengenai amalan Tapak Suci yang saya bawa tidak sama dan ditokok tambah. Murid saya ditanya, “kenapa amal yang lain? Kenapa tak amal TS yang betul. yang ni dah ditokok tambah” Begitulah lebih kurang maksudnya. Hmmm… Maaflah! Yang saya berikan itu bukan TS tapi amalan lain. Kalau amalan TS, tentulah namanya amalan ‘Jurus batin Tapak Suci’. Walaupun lain tetapi ia adalah kembangan TS itu sendiri. Saya hanya ajar TS kepada beberapa murid saya dan tidak termasuk murid yang saya nyatakan tadi kerana beliau sememangnya sudah ahli TS semenjak sekelian lama dan sudah mempunyai amalan TS yang beliau terima daripada guru TS beliau.

Kalau terima dengan saya pun, jangan pulak terkejut kerana amalan TS saya juga sedikit berbeza dengan kebanyakan amalan daripada guru-guru tapak suci yang lain. Namun begitu semua amalan TS saya adalah diiktiraf dan ditalqin oleh Guru Utama Tapak Suci negeri Kelantan, iaitu al-marhum Tuan Guru Zakaria Bin Abdullah (Abg Ya Kok Lanas). Setiap kali saya berjumpa dengan beliau, maka setiap kali itulah pula amalan-amalan ditambah.

Malah kebanyakan pengamal TS tidak memahami konsep amalan TS itu sendiri. Mana nak buat. Mana nak tambah. Mana nak masukkan zikir-zikir. Mana nak guna. Berapa kali kena baca. Kenapa baca macam tu dan sebagainya.

Cukup lah setakat itu yang perlu saya tulis demi memberikan sedikit gambaran mengenai amalan TS.

Namun terus terang saya cakap, saya dah lama tak mengajar TS secara aktif. Saya hanya berikan kepada mereka yang sudah melalui tahap kerohanian yang baik. Kenapa? Kerana saya bertanggungjawab dengan apa yang saya ajarkan. Kalau tak setuju cara ni, terima lah dengan guru yang lain. masih ramai guru TS di seluruh Malaysia yang memang terkenal seperti Dato Nik Amar Nik Abdullah, Abang Aziz, Saudara Wan Zil, Nik Kalily dan yang lain-lain. Nak cari mereka? Kunjungilah Tapaksuci.net

Wassalaam.