Latihan Gerak pencak Sirrun Nuun dan Perguruan Seni Tapak Suci 26 Feb 2011

AlhamdulillaaH.

(Maaflah gambar tak berapa terang sebab ambik pakai HTC HD2 dalam gelap tak nampak apa. last sekali pakai editor, kasi angkat sama itu ‘brightness’ dan ‘contrass’, baru boleh nampak.)

Beberapa orang murid sedang melatihkan gerak pencak silat. Tu minit-minit terakhir setelah 15 minit berpencak. nampak sangat dah letih. Tengok kuda-kuda pun dah ke mana. Main pulak atas jalan berturap. Kawasan laman rumah yang ambo sewa ni kecik je.

Lepas tu kena pulak sparring dengan partner dalam 10 minit. jadi masa yang digunakan mereka malam tu adalah kira-kira 25 minit sehingga 30 minit berpencak tanpa henti. Oooh. tahan sungguh demo-demo ni. letih pun letik lah.

Kalau dok latih sokmo/selalu insyaa AllaaH, akan jadi lebih kemas.

Selamat berlatih ikhwan sekelian.

Selawat Maulid Nabi Muhammad saw (Negeri Kelantan)

Ambo taip dan postkan teks selawat maulid Nabi Muhammad saw. yang selalu diamalkan di Negeri Kelantan Darul Na’iim. Masa majlis khatan (ssunak) atau tahnik/majlis bercukur bayi pun yang ni jugak yang dibaca. Semoga bermanfaat untuk pembaca kerana jarang orang nak tulis versi ni. (Click atas teks untuk dapatkan grafik asal yang lebih besar dan senang untuk dibaca).

Selawat Maulid Nabi Saw (Versi Umum Negeri Kelantan)

Sihir 1 ( Bahagian 1, episod 2: Ilmu Ajian Rawa Rontek)

Dengan kehendak Allah swt, kesan daripada proses merawat mangsa, Ustaz F dan rakan beliau ustaz W, yang turut sama membantu, dengarnya demam-demam. Namun alhamdulillaaH, sakit bagi seorang muslim adalah juga satu rahmat. Ia menjadi kifarah pada dosa-dosa yang dilakukan. Begitulah kasihnya Allah swt pada sekelian hamba NYA yang taat. SubhaanallaaH.

Apakah kejadian itu telah selesai? Nampaknya begitulah tetapi keluarga mangsa tidak sanggup lagi tinggal di rumah yang penuh dengan kenangan pahit itu. Maka mereka mengambil keputusan berpindah rumah lain yang letaknya kira-kira 3km daripada rumah asal. Kebetulan juga saya telah dinaikkan pangkat dalam pekerjaan saya dan dikehendaki melaporkan diri ke Dungun, Terengganu. Saya sebenarnya berat hati juga nak pindah tetpai itu sudah ditetapkan. Walaupun saya dah pindah suami mangsa, encik Z tidak pernah melupakan saya, kawannya yang tak reti apa-apa ni.

Setelah setahun kes itu berlaku, tiba-tiba saya menerima panggilan daripada encik Z, bahawa isteri kena serang lagi. Maasyaa AllaaH. Terkejut saya mendengarnya, kerana pada setahun yang lepas, penyihir sudah melakukan ‘gencatan senjata’. Eh! Kenapa pulak dah setahun tiba-tiba ada serangan lagi? Pelik nih. Malah serangan juga sudah berubah daripada dulunya serangan dalam bentuk pembakaran tiba-tiba tetapi sekarang serangan dah jadi lebih keras iaitu menggunakan senjata-senjata tajam. AllaaHumma, bantulah hamba MU itu yang sedang teraniaya. Saya menghubungi seorang rakan saya di Indonesia, encik M yang juga merupakan seorang daripada murid kanan saya, untuk membantu. Beliau dengan Allah swt, dapat melakukan terawangan yang baik. Beliau mengatakan bahawa kemungkinan besar kes ini melibatkan sihir tahap tinggi melihatkan kepada khadam-khadam makhluk halus yang menjadi suruhan penyihir adalah dari jenis yang ganas-ganas dan susah di tebak tindakannya.

Gambar hiasan sahaja

Saya mencadangkan kepada encik Z supaya menghubungi kembali Ustaz F. AlhamdulillaaH, Ustaz F tidak menolak kerana tiada urusan yang menghalangnya. Beliau telah ke rumah mangsa untuk melakukan proses rawatan mrengikut kaedah ruqyah syariyyah. Setelah di ruqyah, mangsa merasa tenang. Ustaz F turut memberikan tazkirah kepada semua ahli keluarga mangsa. Keesokan harinya, encik Z telefon lagi, mengatakan kes semakin teruk. Serangan berubah menjadi lebih ganas dengan hirisan-hirisan pisau ghaib ke tangan yang menyebabkan luka berdarah. Sebelum ini saya tak suka turun tangan kerana saya bukanlah perawat sebenar. Maka kekurangan pengalaman akan menyusahkan pesakit. Namun disebabkan kes sudah menjadi semakin teruk, maka saya merasakan saya harus campur tangan. Saya dan rakan-rakan lain harus membantu Ustaz F yang sedang bergelut seorang diri.

Sedang dalam perancangan, tiba-tiba dengar berita, berlaku kejadian yang lebih aneh di rumah mangsa. Apakah yang aneh sangat ni? Ada orang atau sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar telah meletakkan beberapa barangan ibadah seperti kain telekong solat wanita (Orang Kelantan panggil kain Kkano), tasbih, sejadah dan beberapa barangan lagi. Hai! Ni dah makin pelik ni. Kenapa pulak daripada serangan tiba-tiba jadi macam ni pulak? Semua rasa pelik. Saya cuba ‘melihat’ apakah motif sebenarnya. Terasa, memang ada pertolongan/bantuan. Hmmm… Tapi kenapa macam ni?

Gambar Hiasan

Malam tu, mangsa bermimpi, ada seseorang yang memberikan namanya sebagai Sheikh Abdul Qadir, akan membantu beliau memerangi serangan sihir tersebut. Beliau diarahkan menggunakan peralatan ibadah yang diberikannya semasa beribadah. Hmmm… Baguslah kalau macam tu kan? Keesokannya mangsa mengambil semua peralatan itu dan menggunakannya semasa solat. Tiba-tiba kain kkano telah hilang dan mangsa bermimpi pada sebelah malamnya, bahawa sheikh tu dah ambil balik kain tu dan minta mangsa beli sendiri kain yang lain. Katanya, dia bagi pinjam sahaja sebab lihat kain kkano mangsa dah lusuh. Something fishy’s going on here? Isn’t it. Hmmm… Tapi sangka baik dulu sehingga ada tanda-tanda lain.

(…bersambung)

Sihir 1 ( Bahagian 3, episod pengenalan: Ilmu Dewa Api)

(… Sambungan daripada bahagian 2)

Dalam proses rawatan mangsa, selain daripada saya, Ustaz F dan Imam tu, ada juga beberapa orang bomoh yang usahakan selepas Ustaz F. kenapa? Tak settle lagi ke? Hmmm…

Setelah Ustaz F rawat mangsa, ambo telah diizinkan ‘melihat’ bahawa penyihir tersebut telah kalah dalam aktiviti sihirnya itu. Namun setelah beliau gagal, beliau telah meminta pertolongan gurunya pula dari Indonesia untuk membalas dendam.

Gambar hiasan

Maka kes ini berlanjutan. Bomoh kampong yang dijemput dari negeri jiran (Pahang) telah membuat rawatan intensif. Menggunakan ilmu hikmat  yang bersifat panas untuk mengasak guru sihir tersebut, namun gagal. Setelah itu, bomoh dari Jeli pula memainkan peranannya selaku perawat dan menggunakan khadamnya untuk mengasak dan memerangi jin-jin penyihir. Itu pun gagal kerana jin-jin upahan penyihir terdiri daripada jin-jin sihir yang lebih ‘perkasa’ dan lebih ‘sakti’ daripada jin-jin khadam perawat. Hmmm…habislah kalau macam ni! Saya bermunajat dan memohon pertunjuk Allah swt mengenai kes jin-jin ini. AlhamdulillaaH, dengan izin AllaaH swt, dapatlah diketahui bahawa jin-jin itu rupanya adalah dari jenis jin Majusi yang menyembah matahari semenjak zaman dahulu kala lagi. Maka, ambo mengambil keputusan menghubungi beberapa orang sahabat di Indonesia yang ambo kenal melalui forum-forum, untuk bertanyakan pendapat mereka.

Sahabat-sahabat ambo tersebut berpendapat kes ini sememangnya susah jika melibatkan jin api, kerana mereka sendiri mengambil masa beberapa bulan untuk menyelesaikan kes yang hampir sama di Indonesia dengan melibatkan serangan tiga penjuru dari 3 orang perawat pada satu masa. Ambo mengambil keputusan memberikan cadangan kepada encik Z, agar menjemput 3 orang perawat untuk bertindak bersama-sama. Maka pada malam itu, serangan 3 serangkai dilakukan serentak oleh perawat yang dijemput encik Z. Hasil daripada tindakan itu, beberapa ‘pintu ghaib’ yang menghubungkan rumah kes dengan penyihir telah ditutup. Selepas itu tiada lagi serangan sihir berlaku selama beberapa malam. AlhamdulillaaH.

Dengan izin Allah swt, ambo mendapat firasat bahawa kes ini akan dirujuk oleh penyihir tersebut dengan guru tertinggi mereka di Indonesia yang sedang bertapa sekian lama.Oleh itu ambo telah mencadangkan kepada Ustaz F untuk mendapatkan nasihat atau berdoa semasa zikir halaqah jemaah Tariqat Ahmadiah di Kota Bharu berlangsung.

Gambar hiasan majlis zikir halaqah

Dengan usaha itu, serangan kelihatannya semakin menurun dan kes dapat merasakan perubahan suasana dalam rumahnya. AlhamdulillaaH, bersyukur kepada MU ya Allah.

(…Bersambung)

Sihir 1 ( Bahagian 2, episod pengenalan: Ilmu Dewa Api)

(…sambungan dari bahagian 1)

Saya akhirnya diminta untuk membantu beliau kerana nak upah perawat duit dah tak cukup sebab duit2 pun dibakar jugak. Sebelum saya meneruskan rawatan, saya memberikan nasihat agama dahulu kepada mereka agar mereka faham situasi sebenar rawatan dan apa yang harus mereka iktikadkan dan lakukan agar tidak bersalahan dengan aqidah Islamiyah. Saya membaca doa-doa yang sesuai yang saya tahu sikit-sikit sebab sememangnya saya bukan seorang perawat. Semasa membaca doa-doa, kelihatan mangsa menjadi tenang dan santai. Suasana tegang dalam rumah sebelum ini pun saya rasakan sudah semakin ‘sejuk’. Namun semuanya adalah atas izin Allah swt dan harus diterima sebagai ‘ujian’ Allah swt kepada kita perawat dan juga mangsa kerana situasi boleh berubah bila-bila masa. Saya bacakan doa penawar kepada media air dan beras. Kenapa beras? Tak kan nak makan batu pulak kan? Setelah itu saya pun pulang ke rumah untuk solat Asar. Malam itu tiada lagi kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Hmmm…kes dah selesai ke?

Pagi keesokan harinya, saya dihubungi oleh encik Z, memberitahu beras yang saya sediakan itu hilang. Saya tanya kenapa tak dimakan terus? Beliau tergagap-gagap nak jawab soalan tu. Hmmm… masalah lagi lah ni kan? Saya menasihatkan mereka mencari di mana letaknya beras dalm cawan tu. Setelah dicari-cari, akhirnya mereka jumpa dalam tong sampah dengan keadaan cawan tidak terbalik dan tidak sebiji beras pun yang tumpah. Wah! Pandai pindah-pindah bahan rawatan ni? Kenapa tak tumpah? Hmmm…

Saya berfikir sejenak dan telintas dalam benak, untuk membuka laman web Akrine Ustaz Majid. Setahu saya dalam laman web tu, Ustaz Majid ada senaraikan nama-nama Akrine mengikut kawasan tempat tinggal masing-masing. Saya mengambil nama dan nombor telefon perawat yang berada berdekatan dengan tempat tinggal kami dan mencadangkan kepada encik Z agar menghubungi beliau memandangkan perawat2 Akrine lebih berpengalaman daripada saya yang bukannya seorang perawat. Encik Z setuju dan terus menghubungi perawat tersebut. Kalau saya sebut nama perawat tersebut, tentu ramai yang kenal kerana memang beliau seorang yang berpengalaman.

Kes ni kalau dalam bahasa omputih dia panggil ‘poltergeist’ sebab semua kesan tindakan makhluk halus boleh lihat secara zahir mata kasar. Ada masa tu, semasa adik mangsa melibaskan tasbih kepada ‘sesuatu’, terpecik darah yang berwarna ‘pink’ ke dinding dan kesannya dapat dilihat dengan mata kasar semua orang yang berada di situ. Malah macam-macam lagi kejadian aneh yang berlaku. bab bakar membakar ni dah kira macam biasalah sehari dua tu. Tengah mandi pun kain basahan yang bash dengan air yang dipakai mangsa boleh terbakar di badan mangsa.

Pada petangnya Ustaz tu, kita panggil aja Ustaz F, datang ke rumah mangsa. Saya dijemput sama oleh tuan rumah kerana saya yang minta macam tu. AllaaHu akbar, Ustaz tu menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi, dengan sikap tawajjuhnya. Dapat dirasakan energi hikmah yang terhasil daripada bacaan ikhlas Ustaz F, meliputi seluruh kawasan penempatan tu, bukan sahaja rumah kes. SubhaanallaaH. Engkau Maha berkuasa dan Maha Rahmat ya AllaaH. Sepanjang sesi rawatan Ustaz F, beliau sempat berkomunikasi dengan makhluk halus yang dihantar penyihir. Maka lahirlah kisah-kisah yang telah saya sedia maklum semasa proses mengenalpasti punca kejadian dahulu. Ustaz F juga telah memohon kepada Allah swt berusaha memindahkan semua makhluk-makhluk halus yang terlibat ke ‘Serambi Madinah’ iaitu satu tempat penempatan dan dakwah kaum Jin yang mahu bertaubat dan berubah serta penjara bagi kaum jin yang tidak mahu bertaubat dan masih ada niat jahat. Mana tahu tempat tu ada? Hmmm… Atas dasar keyakinan pada kuasa Allah swt, tiada yang mustahil. AlhamdulillaaH, mangsa mula menampakkan perubahan dan semakin sihat selepas daripada kejadian tersebut. Selesailah kes tu. Selesai dah ke?

(… bersambung)

Sihir 1 ( Bahagian 1, episod pengenalan: Ilmu Dewa Api)

SubhaanallaaHi walhamdulilaaHi wa laa ilaaHa illalaaHu wallaaHu akbar.

Inginlah ambo bercerita sikit pasal satu kes yang berlaku semenjak dua menjak ni di Negeri Kelantan, yang melibatkan sahabat ambo. Tapi nama dan tempat sebaiknya ambo ubah dan gunakan nama samaran demi menjaga hati dan perasaan pihak-pihak terbabit.

Kes ni sebenarnya bermula pada akhir tahun 2009. Kebetulan pada waktu itu ambo duduk dekat dengan rumah dia. Berjiranlah maksudnya. Pada satu hari, riuh ambo dengar di kawasan penempatan tu, bahawa ada jiran yang mengalami peristiwa yang pelik-pelik. Dengar khabarnya, barang-barang dalam rumahnya terbakar tiba-tiba. Maasyaa AllaaHu  wallaaHu akbar. Terkejut jugak ambo dengar cerita-cerita macam tu. Macam kisah seram dalam Mastika atau kisah seram dalam drama TV sahaja.

Jiran ambo tu, panggil encik Z sahajalah, telah memanggil perkhidmatan bomoh yang ada di negeri Kelantan sehingga ke Jeli. Beliau juga memohon khidmat daripada perawat Islam seperti Imam masjid di situ yang juga merupakan perawat Islam. Yang pertama datang adalah Imam masjid, yang memang ambo cukup kenal. Beliau telah ke rumah jiran ambo tersebut dan melakukan bacaan ruqyah syar’iyyah dan membuat pagaran kepada rumah tersebut. Dengan kehendak AllaaH swt, tiba-tiba ayat al-quran yang beliau baru tulis untuk ditampal di dinding rumah buat bacaan tuan rumah, terbakar. AllaaHu! Semua yang ada terkejut. Ini bukan sembarangan kes ni. Mungkin melibatkan ‘jin api’.

Selepas itu mulalah berlaku hal-hal yang lebih teruk, seperti mangsa (isteri encik Z) dihiris dengan pisau ghaib, dibakar anggota badannya, disimbah dengan sejenis cecair pada badan secara ghaib (tetapi zahir pada akibatnya) dan macam-macam hal lagi. Beliau akhirnya memanggil ambo untuk mendapatkan nasihat. Ambo sebelum ni tidak pergi lagi ke rumah beliau atas urusan itu atas sebab-sebab yang tdaim dapat dielakkan. Yang peliknya, apabila ambo niat sahaja untuk pergi, terus kejadian itu berhenti. Amo tetap pergi dan masuk ke rumahnya. Ambo minta izin nak masuk ke bilik tidur mereka. Di dalam bilik tidur itu didapati ada sesuatu telah tidur dan berehat di situ sebelum ini selama kes berlaku. Dengan izin Allah swt, ‘terlihatlah’ rupa seorang pemuda yang berumur lebih kurang sebaya dengan isteri (mangsa) encik Z, yang boleh kita panggil puan M. Pemuda tersebut kelihatannya gembira dengan sesuatu. Macam dapat durian runtuh. Setelah diselidiki lagi (dengan memohon pertunjuk AllaaH swt), ianya seperti keadaan pemuda itu baru selesai/khatam belajar ilmu dewa api. Beliau teruja untuk menguji ilmunya itu. Difikir-fikirkannya siapa layak yang jadi mangsa. Maka terlintaslah dalam fikirannya dan hatinya mula berkecamuk. Terlintas difikirannya seorang wanita yang pernah jadi ‘gewe’ (kekasih) nya yang telah berpisah dengannya atas sebab-sebab ketidaksefahaman (mungkinlah kan?). Emosinya mula ternganggu dan marah membuak-buak sehingga beliau mengambil keputusan untuk menjadikan bekas gewe nya itu sebagai mangsa sudi/ujian ilmunya. Maka dari situlah bermulanya rentetan peristiwa sihir tersebut.

(…bersambung)

Sanad Ijazah

SalaamullaaHu ‘alaikum.

AlhamdulillaaH. Ada keturunan Ahlul Bait dari Indonesia menyapa ambo yang jahil. Minta ambo tulis sanad ambo supaya melengkapkan lagi segala ijazahan ilmu yang ambo pernah bagi. Sebelum ni pun ambo bagitahu, tapi hanyalah kepada murid2 yang menerima sahaja. Bukan untuk tatapan umum kerana ambo toksey (tak mahu) timbul masalah takabbur diri. Maklumlah, ambo ni jahil benar lagi. tapi ado juga lah, yang ambo tok ingat nak bagi. Hmmm…Mudo2 doh nyanyok! Huhuhu…

Segala puji dan syukur hanya SA NYA buat Allah swt, Robbul Jaliil. SubhaanalaaH.

Silsilah keilmuan saya tidak sesempurna silsilah sanad keilmuan guru2 yang mursyid dari keturunan Nabi Junjungan Terpuji saw. Namun guru saya adalah orang yang mulia. Semoga saya mendapat keberkatan dan syafaat. guru saya yang utama adalah Imam Besar masjid Utama al-IbraHimyy, pasir Puteh, Kelantan, Malaysia, iaitu al-marhum al_fadhiil al-Ustaaz Tuan Hj Che Nor@Syukri yang mana guru jtamanya pula adalah TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN, Pengasas Pondok (Pesantren) Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, Malaysia yang belajar pula dengan:

Pengajian (di Malaysia):

* Belajar al Quran dan asas pengajian agama melalui Ayahandanya Lebai Sulaiman bin Kechik.
* (1934-1937) Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai.
* (1938-1945) Pondok Paloh Rawa, Machang (Tuan Guru Haji Abdul Jalal Melaka dan Tuan Guru Haji Hussin Melaka).
* (1945-1945) Pondok Kerawang, Pulai Chondong (Tuan Guru Haji Ahmad Abdul Kadir).
* (1945-1946) Pondok Kemuning, Machang (Tuan Guru Haji Wan Yusuf Che Tengah).
* (1946-1948) Pondok But, Ketereh (Tuan Guru Haji Mohd Nor Abdullah).
* (1949-1951) Madrasah Manabi’ul ‘Ulum, Pondok Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Tuan Guru Haji Othman Jalaluddin).

Pengajian (di Makkah) bermula 1951-1957:

* Madrasah Darul ‘Ulum ad-Diniah.
* Masjidil Haram.
* Rumah beberapa orang tuan guru.

Guru-gurunya sewaktu di Makkah:

Sheikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani (akhirnya menjadi mertuanya), Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri al-Indunisi Sheikh ‘Abdul Qadir al-Mandili al-Indunisi, Sheikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani al-Makki, Sheikh Pak Da ‘Iel al-Fatani, Sheikh Sayyid Amin al-Kutubi, Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat, Sheikh Hassan al-Yamani, Sheikh ‘Alawi al-Maliki, Sheikh al-‘Arabi dan lain-lain guru mulia RahimaHumullaaH.

Di antara Guru saya yang lain dalam bidang usuluddin dan tasawuf selain daripada al-marhum Tuan Imam Besar Syukri adalah Tok Ayah Barat al-Fatani seorang ulamak yang terkenal dengan jihad dan karomahnya sebagai pejuang kebebasan Pattani, Thailand.

Sementara ijazah umum amalan saya yang saya terima adalah daripada Guru Mulia Sayyidii al-habib Munzir Ibn Fuad al-Musawwa QA. serta ada yang dari Tuan Guru Hj Ismail Bin Nawawi, Johor, malaysia.

Ijazah keilmuan hikmah saya adalah dari al-marhum Tuan Hj Zakaria Bin Abdullah, Kok Lanas, Kelantan, malaysia. Juga dari nenda saya sendiri yang berketurunan Tuan Hj Hassan Bin Munas ynag terkenal dengan gelaran Tok Janggut pahlawan Kelantan dan seorang Waliyullaah yang gak akan saya sebutkan namanya di sini. Juga lain2 guru hikmah saya yang gak akan bisa saya sebutkan semuanya di sini.

Sememangnya kebanyakan nama2 itu tidak masyhur di kalangan awam kecuali yang sudah masyhur di sini seperti al-fadhiil Tuan Imam Syukri dan Tuan Guru Hj Abd Rahman Sungai Durian, kerana zuhudnya sikap guru2 saya. Cuma saya sahaja yang masih tolol. hehehe…. AstaghfirullaaH.

Semoga saudara yang ikhlas bertanya dengan saya, berpuas hati. Setiap kita akan kembali kepada NYA dengan penuh tanggungjawab.

انا لله وانا اليه راجعون

Perguruan Seni Tapak Suci (Kebatinan Tapak Suci)

SalaamullaaHu ‘alaikum.

Berikut ambo turunkan sedikit sejarah peguruan Tapak Suciyang terkenal di Kelantan satu masa dahulu.

Sejarah ini ambo ambil dari forum TapakSuci.Net yang disampaikan oleh Dato’ Nik Mohd Amar, Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Kelantan, salah seorang penanggung amanah al-marhum Abe Ya Kok Lanas, Guru Utama Tapak Suci

“Sejarah Tapak Suci adalah sebuah aliran seni mempertahankan diri yang berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Ia merupakan pusaka warisan Wali Songo (Sembilan Wali) yang terkenal dalam sejarah penyebaran Islam di Nusantara. (Kisah Wali Songo, insya-Allah akan saya paparkan dalam tulisan yang lain). Para Wali Songo telah mewariskan berbagai bentuk ilmu dan amalan hikmat yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi hingga sampai ke zaman ini. Seni Tapak Suci adalah salah satu amalan ampuh yang telah diwariskan oleh mereka. Sesuai dengan latar belakang ini, maka aliran silat ini dinamakan Perguruan Seni Tapak Suci (P.S.T.S.)

Perguruan Seni Tapak Suci muncul di Geylang, Singapura dalam tahun 60an melalui dua orang adik-beradik yang dikenali dengan panggilan Pak atau Pak Cik Aswan dan Pak Cik Moin. Kedua-dua beradik ini adalah Pengasas dan Guru Tua kepada Seni Tapak Suci. Menurut cerita Guru Utama , Pak Aswan telah memperolehi amalan Seni Tapak Suci melalui mimpi. Bagi memuaskan hati, beliau telah membuat penyelidikan tentang aliran ini hingga ke Tanah Jawa. Di sana beliau menemui ‘akar’ Seni Tapak Suci dan mendapat kepastian tentang kesahihannya. Setelah berpuas hati beliau kembali ke Singapura dan bersama-sama abangnya Pak Moin, mereka telah menyebarkan Seni Tapak Suci di negara tersebut. Penyebaran aliran silat ini tidak terhenti di Singapura bahkan telah melintasi Selat Tebrau hingga ke negeri Pahang. Dari sini, Guru Utama yang menerima ijazah dan amanah secara langsung dari kedua-dua Guru Tua tadi telah membawa Seni Tapak Suci ke Kelantan.

Pada awal tahun 70an, bagi memenuhi amanah Guru Tua, Guru Utama telah mengambil tiga orang murid sebagai pewaris di gelanggang pertama Seni Tapak Suci iaitu di Sungai Baru, Pengkalan Chepa. Dua daripada tiga murid ini berhenti separuh jalan. Hanya Yaakob (Abe Kob) yang kekal sebagai pewaris. Abe Kob merupakan jurulatih pertama Seni Tapak Suci yang membimbing murid-murid baru di Kelantan. Bermula dari sini Seni Tapak Suci mengembangkan sayap di seluruh negeri dengan kemunculan gelanggang-gelanggang baru di Kubor Maras, Langgar, Kok Pasir, Tanjong Mas, Padang Bongor, Gunong-Bachok, Panchor, Pulau Belanga, dan Sering. Kemunculan Seni Tapak Suci merupakan satu ‘ledakan’ pada waktu itu. Gelanggangnya menjadi tumpuan dan ratusan orang telah diterima sebagai pewaris aliran silat ini.

Para pewaris lapis pertama ini telah menjalani Majlis Khatam (Penamat) yang diadakan secara meriah di setiap gelanggang di seluruh Negeri Kelantan dalan tahun 1976. Majlis Khatam ini telah disempurnakan oleh Pak Moin yang datang secara khusus dari Singapura. Alhamdulillah saya merupakan salah seorang pewaris yang melalui upacara khatam ini pada tangan Pak Moin sendiri.

Setelah Majlis Khatam disempurnakan, Seni Tapak Suci terus mendapat sambutan hangat dari masyarakat. Memandangkan keadaan ini dan bagi membantu Guru Utama menyebarkan silat ini, dengan persetujuan kedua-dua Guru Tua, beberapa orang wakil guru telah dilantik. Antara wakil guru pada lapis ini ialah Abe Kar (Kubor Maras), Abe Min dan Abe Ya (Kok Pasir), Wan Daud dan Wan Yusof (Padang Bongor), Ustaz Shukri dan Penghulu Othman (Panchor). Dengan perlantikan wakil-wakil guru, Seni Tapak Suci memasuki lapis kedua dalam perkembangannya.

Tempoh lapis kedua ini menyaksikan perkembangan pesat Seni Tapak Suci dengan kemunculan beberapa gelanggang baru seperti Wakaf Baru dan Ketereh. Pada lapis ini ramai anak-anak muda terutama para pelajar diterima sebagai pewaris aliran ini. Keadaan ini berbeza dengan lapis pertama yang mana majoriti pewaris terdiri dari kalangan dewasa. Gelanggang yang paling aktif dan memainkan perasan besar dalam penyebaran Seni Tapak Suci pada lapis ini ialah Kok Pasir dan Padang Bongor (yang lebih dikenali sebagai Taman Koperatif, Tanjong Chat).

Walaubagaimanapun, kerana masalah peribadi, pada awal tahun 80an, Abe Min Kok Pasir telah meninggalkan Perguruan Seni Tapak Suci dan memperkenalkan aliran sendiri yang diberi nama Zulfatah. Aliran Zulfatah pada asasnya adalah Seni Tapak Suci yang telah ditokok tambah pada segi amalan dan gerakan jurus. Gelanggang Kok Pasir bertukar menjadi gelanggang utama Zulfatah. Setelah kematian Abe Min, gelanggang utama Zulfatah berpindah ke Chicha, Kubang Kerian. Gelanggang ini dikendalikan oleh Kamarulzaini, salah seorang murid kanan Abe Min. Kamarulzaini pada asalnya adalah pewaris Seni Tapak Suci yang menerima amalan ini daripada Abe Kar Kubor Maras.

Kemunculan Silat Zulfatah telah mencetuskan ketegangan antara Kok Pasir dan gelanggang-gelanggang lain, terutama Padang Bongor. Kecewa dengan pergolakan-pergolakan yang berlaku, Guru Utama telah mengundurkan diri dari dunia persilatan dan tidak lagi menerima pewaris baru secara terbuka. (Dalam suasana inilah saya menerima ijazah daripada Guru Utama sebagai wakil guru. Saya telah diberi amanah oleh beliau supaya ‘menjaga’ Seni Tapak Suci di Kelantan).

Catatan saya terhenti setakat ini kerana dalam tempoh pertengahan 80an dan awal 90an saya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Dalam tempoh ini maklumat tentang Seni Tapak Suci yang ada pada saya amat terhad. Saya mohon bantuan dan kerjasama para pewaris untuk melengkapkan catatan sejarah dalam tempoh tersebut.

Insya-Allah dalam catatan seterusnya saya akan memperkenalkan Guru Utama Perguruan Seni Tapak Suci di Kelantan untuk pengetahuan adik-adik seperguruan sekalian.”

Ambo tambah sedikit mengikut apa yang ambo terima sendiri daripada Guru Utama Tapak Suci Kelantan, al-marhum Abe Ya:

“Pakcik Aswan Hasan menerimanya daripada ‘seseorang’ yang datang melalui mimpinya. Orang itu mungkin telah melakukan safar ruh. Saat itu sebenarnya adalah saat kegundahan dan kesedihan Pakcik Aswan yang melihat penindasan orang2 kafir terhadap melayu Islam Singapura (Saya tidak dapat pastikan tahunnya). Di dalam mimpi itu, Pakcik Aswan telah diajarkan jurus dan amalan yang isi langsung jadi dengan  musabab kekeramatan pada orang itu, dengan izin Allah swt.
Setelah berfikir, akhirnya Pakcik Aswan telah memberitahu Abangnya Pakcik Moin mengenai apa yang telah berlaku. Dia telah menggunakan kaedah yang telah diajar orang itu untuk mengajar abangnya pula. Mereka telah berlatih disaat itu juga dan mereka cukup gembira kerana diri mereka telah terisi dengan satu ilmu jurus yang mereka fikirkan sebagai permainan ibu segala jurus batin. Hajat mereka untuk berjihad melawan kaum cina kuffar yang melakukan kezaliman pada masa itu di Singapura, akan tercapai. Namun tidak terhenti di situ sahaja. Pakcik Aswan telah bermunajat dan mengambil keputusan ke Indonesia untuk mendapatkan kepastian.
Di Indonesia, beliau telah melawat ke setiap maqam Wali Songo dan berdoa di sana. Setelah beberapa ketika di Indonesia, beliau telah di kunjungi ‘seorang tua’ dari pertapaan. orang tua itulah yang mengesahkan keilmuannya. Orang tua itu adalah waris keturunan Sunan Gunung Jati yang sedang dalam pertapaan dan tidak pernah keluar jika tiada hal yang mendesak. Malah waris keluarganya sendiri bukan semua yang boleh bertemu dengannya secara mudah. Saya tidak pasti samada yang sedang bertapa sekarang ini itu adalah orang itu kerana yang sedang bertapa sekarang ini, umurnya kalau tidak silap sudah ratusan tahun dan masih hidup sekarang ini. Ini diberitahu sendiri oleh salah seorang yang rapat dengan keturunan Sunan Gunung Jati di Indonesia sekarang ini. Yang memberitahu juga adalah di antara orang yang boleh masuk melalui pintu 9 (Pintu teratai) maqam Sunan Gunung Jati atas izin keturunan wali itu sendiri. kalau orang biasa, yang tidak mempunyai apa2 keistimewaan diberikan, hanya boleh sampai ke pintu ketiga sahaja.

Jadi dengan kata lain, ilmu ini sebenarnya bukan ilmu melalui mimpi, tetapi al-marhum Pakcik Aswan telah menerimanya secara musyafahah dengan waris keturunan Sunan Gunung jati sendiri. Saya akan cuab usahakan mendapatkan nama waris itu, jika diizinkan Allah swt.

Semoga memberikan sedikit pencerahan.”

berikut apa yang ambo tahu mengenai Zulfattah:

Abg Mi Kok Pasir telah keluar dari Tapak Suci kerana berniat membuka perguruan sendiri, Ilmunya sebenarnya bukanlah dari Ts sepenuhnya kerana sifat ‘energinya’ berbeza. beliau pernah memberitahukan kepada saya bahawa ada gurunya yang lain. Oleh itu segala permasalahan dan perkembangan dalam Zulfattah tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Tapak Suci. Namun masih ada hal yang tak boleh ambo bukakan kepada umum demi menjaga nama baik orang tertentu. Lebih baik bersangka baik daripada sangka2 yang membawa binasa dan pecah belah ummaH.

******************

Amanat al-marhum Abe Ya, Guru Utama Tapak Suci Kelantan

Mengimbas kembali kenangan bersama dengan Guru tercinta Abe Ya di tahun terakhir sebelum beliau meninggalkan kita. Banyak perkara dan rahsia telah dibuka oleh Abe Ya. Di antaranya rasa kesedihan dan keluh kesah beliau terhadap tindakan ‘guru2 baru’ pada waktu itu yang tidak menjalankan haq sebagaiman seorang guru yang diamanahkan selayaknya sebagai ‘pembimbing’ pelajar2 mengenali istilah ilmu jihad fi sabilillaaH. Beliau juga kecewa dengan sesetengah guru yang ‘gila kuasa’. Sehinggakan sanggup meninggalkan perguruan dan menubuhkan ilmu baru yang beramalan lain tetapi ‘isi’nya adalah dari Tapak Suci, tanpa memohon keizinannya. Maka beliau telah mengamatkan saya agar setiap murid yang saya latih hendaklah di’jaga’ selayaknya sebagai seorang ‘Pejuang Islam’. Bukannya sebagai seorang ‘gedebe’ yang pantang dicabar walaupun cabaran itu tidaklah ‘setara mana’. Beliau juga berharap agar TS akan di’bersih’kan semula dengan ‘bersih’nya pegangan guru2 yang ada. Beliau turut menamakan orang yang beliau kagumi dan sayangi sebagai seorang yang jujur dan tidak lupa diri seperti al-Fadhil al-Ustaz Datok Nik Amar.

Oleh itu saya mewakili al-marhum Abe Ya, sebagaimana diamanahkan beliau dahulu, berharap agar guru2 generasi sekarang, juga guru2 generasi lama bersatu hati dan ‘membawa’ ilmu ini ‘selayak’nya sebagai ilmu persediaan jihad melawan nafsu diri dan melawan musuh2 Islam. Gunakan keilmuan ini, sebagaimana layakknya diperturunkan para wali dahulu sebagai ilmu ‘penyucian wadah diri’ dan ‘pembersih hati’ kerana akhir tujuannya sebenarnya hanya satu, mengenali KhaliqNYA sedaya diizinkan olehNYA. “Man’arofa nafsaH, faqad ‘arofa RobbaH”.

Insya AllaaH, saya akan menyokong ‘ketua’ yang taatkan AllaaH swt dan menjaga amanat perguruan dengan benar. Saya juga berharap al-Fadhil al-Ustaz Nik Amar dan guru2 tua yang lain, akan memainkan peranan sebaiknya sebagai seorang yang amat dipercayai guru utama untuk mengembangkan keilmuan di atas jalan haq.

Khusuuson ila hadhroti murrabbinaa wa masyaaikhina al-Fadhiilul Ustaazinaa Zakariyyaa al-haaj Ibn AbdullaaH, shai un lillaaHi ta’aalaa laHul faatihaaH…

WallaaHu a’lam.

Silsilah Sayyidii as-Sheikh Syarif HidaayatullaaH Al-Khan Ibn Sayyid ‘Umadtuddin Abdullah Al-Khan QoddasallaaHu ta’aalaa SirruH (Sunan Gunung Jati)

SalaamullaaHu ‘alaikum.

Sayyid Sheikh Syarif HidaayatullaaH al-Khan, Sunan Gunung Jati (Gambaran pelukis mistik)

AlhamdulillaaH wa syukrulillaaH. Ada baiknya ambo perturunkan silsilah sanad keluarga Wali Besar yang amat dikenali di Tanah jawa dengan Gelaran Sunan Gunung Jati yang berketurunan Kerajaan Melayu Kelantan Tua dari keturunan Sheikh Jumadil Kubro ini.

Sunan Gunung Jati @ Sayyidii as-Sheikh Syarif HidaayatullaaH Al-Khan bin

.Sayyid ‘Umadtuddin Abdullah Al-Khan bin

.Sayyid ‘Ali Nuruddin Al-Khan @ ‘Ali Nurul ‘Alam bin

.Sayyid Syaikh Jumadil Qubro @ Jamaluddin Akbar Al-Khan bin

.Sayyid Ahmad Shah Jalal @ Ahmad Jalaludin Al-Khan bin

.Sayyid Abdullah Al-‘Azhomatu Khan bin

.Sayyid Amir ‘Abdul Malik Al-Muhajir (Nasrabad,India) bin

.Sayyid Alawi Ammil Faqih (Hadhramaut) bin

.Muhammad Sohib Mirbath (Hadhramaut)bin

.Sayyid Ali Kholi’ Qosim bin

.Sayyid Alawi Ats-Tsani bin

.Sayyid Muhammad Sohibus Saumi’ah bin

.Sayyid Alawi Awwal bin

.Sayyid Al-Imam ‘Ubaidillah bin

.Ahmad al-Muhajir bin

.Sayyid ‘Isa Naqib Ar-Rumi bin

.Sayyid Muhammad An-Naqib bin

.Sayyid Al-Imam Ali Uradhi bin

.Sayyidina Ja’far As-Sodiq bin

.Sayyidina Muhammad Al Baqir bin

.Sayyidina ‘Ali Zainal ‘Abidin bin

.Al-Imam Sayyidina Hussain

Al-Husain putera Ali bin Abu Tholib dan Fatimah Az-Zahro binti Muhammad

——
manakala susur galur silsilah dari sebelah ibu Baginda (Rarasantang/ SyarifaH Muda’im) pula adalah dari raja Pajajaran (Pakciknya iaitu Walangsungsang@Cakrabuana@Sri Manggana@Mbah Kuwu Cirebon Girang itu sangat terkenal dengan ilmu Asma Sungei Raja yang aslinya, yang telah diterimanya langsung daripada Nabi Khidir as sebagai ilmu bekal mengembangkan Islam di Tanah Jawa).

P.S: bagindalah pendiri Keilmuan Tapak Suci yang terkenal di Kelantan itu. WallaaHu ‘alam.

Kompleks Maqam Sunan Gunung Jati di Gunung Sembung:

1. Sunan Gunung Jati, 2. Fatahillah, 3. Syarifah Muda’im, 4.Nyi Gedeng Sembung (Nyi Qurausyin), 5. Nyi Mas Tepasari, 6. Pangeran Cakrabuana, 7. Nyi Ong Tien, 8.  Dipati Cirebon I, 9. Pangeran Jakalelana, 10. Pangeran Pasarean, 11. Ratu MAs Nyawa, 12. Pangeran Sedang Lemper, 13. Komplek Sultan Panembahan Ratu, 14. Adipati Keling, 15. Komplek Pangeran Sindang Garuda, 16. Sultan Raja Syamsudin (Sultan Sepuh I), 17. Ki Gede Bungko, 18. Komplek Adipati Anom Carbon (Pangeran Mas), 19. Komplek Sultan Moh. Badridin, 20. Komplek Sultan Jamaludin, 21. Komplek Nyi Mas Rarakerta, 22. Komplek Sultan Moh. Komarudin, 23. Komplek Panembahan Anom Ratu Sesangkan, 24. Adipati Awangga (Aria Kamuning), 25. Komplek Sultan Mandurareja, 26. Komplek Sultan Moh. Tajul Arifin, 27. Komplek Sultan Nurbuwat, 28. Komplek Sultan Sena Moh. Jamiudin, 29. Komplek Sultan Saifudin Matangaji
PINTU SEMBILAN:I. Pintu Gapura, II. Pintu Krapyak, III. Pintu Pasujudan, IV. Pintu Pasujudan, IV. Pintu Ratnakomala, V. Pintu Jinem, VI. Pintu Raraoga, VII. Pintu Kaca, VIII. Pintu Bacem, IX. Pintu Teratai