Sihir 1 (Episod 2, bahagian 3: Ilmu Ajian Rawa Rontek)

(Sambungan)

 

AlhamdulillaaH. Selama beberapa malam, pesakit dapat tidur dengan nyenyak dan tenaga beliau semakin pulih dan boleh melakukan kerja seperti biasa. Beliau mula berani keluar rumah untuk ke pasar membeli barang-barang keperluan dapur tanpa perlu merasa risau yang keterlaluan meninggalkan anak-anak di rumah bermain-main dengan jiran tetangga. Kami perawat turut dihubungi dan ucapan terima kasih diberikan oleh Encik Z dan isterinyanya (pesakit) kepada kami.

Gambar Hiasan Sahaja

Selang beberapa hari kemudian, saya mendapat panggilan lagi daripada Encik Z. “Hmmm… Apa lagi nih?” Fikir saya dalam benak hati. Saya mengangkat telefon dengan penuh tanda tanya. Lega hati saya apabila Encik Z memberitahu bahawa beliau menelefon saya hanya semata-mata ingin berbual dengan saya sambil bertanya khabar berita. Beliau juga memberitahu bahawa ‘Sheikh’ tersebut meminta beliau membahagi-bahagikan barangan yang pesakit terima daripada beliau secara ghaib itu kepada perawat-perawat yang terlibat. Saya berfikir panjang, namun tidak menyatakan pandangan saya kepada beliau demi menjaga hati dan perasaan Encik Z.

Kira-kira seminggu selepas itu saya mendapat panggilan lagi daripada Encik Z dengan suaranya yang cemas. Katanya, pesakit iaitu isteri beliau, telah diganggu lagi dengan gangguan yang lebih teruk dan boleh membahayakan nyawa beliau. Rambutnya telah dipotong separuh oleh sejenis makhluk yang kasat mata. Beliau menangis memikirkan musibah yang tidak kunjung padam menimpa beliau semenjak lebih setahun yang lepas. Saya juga merasa hairan kerana sepengetahuan dan pemerhatian saya, ‘pagar’ yang diikhtiarkan oleh perawat-perawat sebelum ini masih baik dan tidak musnah.

Disebabkan hal itu, saya mengambil keputusan untuk menerima pesakit sebagai murid agar beliau dapat saya pantau dengan lebih baik dan berterusan apabila ada ikatan kerohanian serta menyediakan diri beliau dengan ‘tapak’ yang kukuh. Saya memberitahu maksud saya kepada Encik Z dan beliau amat berbesar hati dengan tawaran yang saya berikan itu. Saya minta beliau bertanya dengan isteri beliau dan isteri beliau juga amat bersetuju. Lalu pada malam itu dijalankan pengijazahan secara jarak jauh melalui telefon. Amalan-amalan khusus diberikan untuk diamalkan segera. Nasihat-nasihat kerohanian diberikan agar beliau dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang salik yang benar.

Setelah 30 minit beliau mulakan amalan, dengan izin AllaaH swt, beliau dapat merasakan kehadiran ‘seseorang’ di sisi beliau dengan tujuan yang tidak baik. Maka dengan penuh keyakinan, beliau berpaling ke arah tersebut dan melihat sebilah pisau sedang melayang laju ke arahnya. Beliau sempat mengelak dan meberikan satu penumbuk kea rah ‘makhluk’ itu dan dapat melihat percikan darah yang berwarna merah jambu terpercik sedikit. Pisau itu terlepas daripada genggaman makhluk itu dan terjatuh ke lantai. Rupa-rupanya pisau tersebut sempat terkena dan mengiyakkan sedikit pakaian yang sedang dipakainya waktu itu. AlhamdulillaaH. Segala puji dan kesyukuran kepad AllaaH swt yang telah menyelamatkan beliau daripada musibah tersebut. Beliau juga mendengar kata-kata dari satu makhluk yang tidak dapat beliau pastikan bahawa walau apa pun, beliau (pesakit) akan dibunuh segera.

Saya memberitahu cara-cara pelupusan pisau tersebut kepada Encik Z dan meminta beliau bersabar dengan ujian itu. Walaupun sedih, marah dan ketakutan, namun beliau bersyukur kepada AllaaH swt yang telah mengizinkan kepada isterinya ‘terbuka’ ‘mata batin’nya dan meningkat kepekaannya.

(…bersambung)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>