Sihir 1 (Episod 2, bahagian 2: Ilmu Ajian Rawa Rontek)

(Sambungan dari episode 2, bahagian 1)

Hmmm… pada keesokan harinya pesakit bermimpi lagi mengenai penggunaan peralatan solat yang diberikan oleh ‘Sheikh Abdul Qadir Jilani’ itu. Suami pesakit, Encik Z memang pernah baca dan tahu sedikit sebanyak mengenai seorang wali agung yang bernama Sheikh Abdul Qadir al-Jailani ra. Maka beliau terasa sedikit teruja kerana adanya pertolongan dari ruh wali tersebut. Beliau cukup gembira.

Saya mencadangkan kepada pesakit, kalau nak guna jugak peralatan yang diterima itu, ambillah kain kkano, tasbih dan sejadah sahaja. Peralatan yang lain hendaklah dibiarkan sahaja. Maka, beliau bersetuju. Kalau tidak silap saya, solat zohor hari tu, beliau dah gunakan. Pada keesokan harinya, masa nak solat subuh, didapati kain kkano tersebut tiada. Yang lain semua ada. Sekali lagi Encik Z menelefon saya memberitahu perihal kejadian itu. Saya merasa bertambah hairan dan mengambil keputusan untuk ‘mengembara’ melihat hubungan atau kaitan malasah yang berlaku. Hmmm… Rupanya, sheikh yang hadir dalam mimpi tu memang Sheikh Abdul Qadir tetapi bukanlah Sheikh Abdul Qadir wali yang terkenal itu. Sebaliknya beliau adalah ‘sheikh’ yang selalu mendampingi bomoh-bomoh atau orang-orang sakti dari seberang dan juga di negara kita ini. Asalnya Sheikh ini dulu adalah seorang pahlawan yang tersohor di zamannya dahulu di Tanah Seberang. Jadi dia bukanlah wali AllaaH swt yang dimaksudkan itu.

Kenapa kain kkano tersebut diambil balik? Alasannya adalah kerana beliau melihat kain kkano pesakit amat lusuh dan buruk. Maka beliau meminjamkannya sekejap kepada pesakit untuk tujuan solat buat sementara pesakit mendapatkan yang baru. Hmmm… Kenapa ambil balik masa kkano baru belum dibeli oleh pesakit?

Saya mula berbincang dengan beberapa orang perawat termasuk ustaz F serta beberapa orang murid saya. Kami berbincang di Skype, bagaimana nak ‘handle’ kes ni seterusnya. Oleh itu pada malam itu, Ustaz F akan ke rumah pesakit, saya dan yang lain akan melakukan ikhtiar secara ‘jarak jauh’.

Pada malam itu, Ustaz F solat maghrib di rumah pesakit dan melakukan tugasnya sebagai perawat Islam. Beliau memulakan rawatan dengan nasihat-nasihat agama dan tunjuk ajar yang perlu. Setelah itu beliau melakukan rukyah dan pagaran khusus dan umum. Hasil daripada kerja-kerja itu, beliau merasakan keletihan yang teramat sangat dan tubuhnya sakit-sakit. Dari pantauan jarak jauh, saya melihat bahawa ia berpunca daripada pertembungan energy pagaran yang dibuat oleh seseorang yang lain serta energy negative daripada sihir pada pesakit. Kenapa boleh jadi macam ni pula? Bukankah kedua-duanya adalah perawat Islam dan bertindak untuk menyelesaikan masalah yang sama? Cuma caranya sahaja sedikit berbeza mengikut pengetahuan masing-masing. Dari sini kita melihat, perbezaan emosi akan menyebabkan benturan energi. Sebab itulah, sejak zaman dahulu lagi rawatan kes pesakit akibat gangguan makhluk halus tidak melibatkan perawat yang ramai dalam satu-satu masa. Kalau nak cari yang lain pun, perlulah habiskan satu persatu. Nasib baik pada malam itu, saya dan murid saya belum pula sempat melakukan acara rawatan kami. Kami hanya serahkan kepada yang lain kerana memikirkan masalah ‘gangguan’ yang tidak disengajakan semasa rawatan. Saya mengambil keputusan untuk membantu merawat Ustaz F secara sir bagi mengurangkan masalah yang ditanggung.

Gambar Hiasan

Saya juga mulakan tugas menilai pagaran yang diikhtiarkan oleh perawat. AlhamdulillaaH. Mungkin kami dan pesakit serta keluarga mereka dapat tidur dengan nyenyak.

(…Bersambung)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>