Ceramah 1 AQSA: Memahami Konsep Niat Dan Ikhlas (Maqam Awami)

Ceramah 1 (Online streaming di Soundcloud.com)

Penceramah: Saif al-hazmi al-kalantani an-nuuni

Tajuk: Memahami Konsep Niat Dan Ikhlas (Maqam Orang Awam)

Venue: Bahagian Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia

Tarikh: 28.9.2015

Masa: 1 jam 30 minit

Link ke ceramah di Soundcloud.com

atau di

Memahami konsep niat dan ikhlas (Pengenalan – maqam orang awam) (Full) 1 hr 30 mins by Cyphol on Mixcloud

cer

Akaun Bank Jemaah

AKAUN BANK JEMAAH AL-QUDRAH UNTUK SUMBANGAN DAN DANA BANTUAN AWAM:

SalaamullaaHu ‘alaikum…

Ingin di war-warkan lebih awal kepada sekelian sahabat. Pertubuhan Jemaah Al-Qudrah SeMalaysia sedang dalam proses mewujudkan akaun bank untuk semua urusan meliabtkan jemaah dan dana bantuan bencana alam. Oleh itu, setelah semuanya selesai, saya akan mengumumkan nombor akaun bank terbabit di atas nama khusus Jemaah yang boleh digunakan oleh tuan2 untuk transfer sumbangan sebagai persediaan sebelum sevarang bencana terjadi agar lebih sistematik. Oleh itu, akaun peribadi tidak lagi akan digunakan nanti melainkan ada permintaan khusus untuk nombor akaun peribadi ahli. Setiap sumbangan tuan-tuan akan diaudit tahunan oleh juruaudit berdaftar dan dibentangkan dalam setiap mesyuarat agong jemaah. Wassalaam…

BORANG KEAHLIAN PERTUBUHAN JEMAAH AL-QUDRAH SEMALAYSIA

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN

(Sila tekan capaian di atas dengan butang kanan tetikus dan pilih SAVE AS…)

BORANG AHLI AQSA

Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke sekreteriat D/A 2-163C, Jalan Tok Janggut, Kg Kelubi, 16800 Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia dan satu salinan (scanned bertandatangan) ke alamat email persatuan di alqudrah.my@gmail.com. Pihak tuan akan dihubungi oleh pihak kami melalui email/telefon/surat mengenai kaedah pembayaran keahlian dan yuran yang berkaitan (Yuran tahunan RM60.00.boleh dibayar secara ansuran sebanyak dua kali dengan bayaran RM30.00 setiap kali bayaran dibuat). Resit rasmi akan dikeluarkan dan diberikan kepada pihak tuan.

MESYUARAT AGONG PERTUBUHAN JEMAAH AL-QUDRAH SEMALAYSIA TAHUN 2015M/

Dengan segala hormat dan sukacitanya, saya selaku pendiri jemaah, mengundang para sahabat yang berminat untuk menjadi ahli pertubuhan ini yang telah didaftarkan sebagai satu NGO dengan nombor pendaftaran PPM-005-03-09072015, untuk menyertai kami seterusnya hadir ke program tersebut sebagaimana berikut:

Tarikh: 20 September2015 (ahad)
Masa: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat cadangan: Min Camp House, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Lokasi Koordinat: 6°05’24.5″N 102°17’27.4″E
Program: Kursus asas herba, senaman nafas, demo pertahanan diri Asrar al-qudrah dan mesyuarat.

*Makan minum disediakan sepanjang program
*Tempat tinggal tidak disediakan/boleh tolong diuruskan oleh pihak jawatankuasa jika ada permintaan individu dengan kos ditanggung oleh pemohon/peserta.

Borang keahlian boleh didapati di web mediafire http://www.mediafire.com/…/g2v3z725…/borang-ahli-qudrah.docx

Borang yang telah diisi boleh dikembalikan pada hari kursus/email ke alamat email alqudrah.my@gmail.com. Namun, pengesahan kehadiran hendaklah dibuat sebelum/pada 11 Septe 2015 melalui:

a)kepada penyelaras program iaitu Ustaz Amran di Facebook beliau https://www.facebook.com/aman.putera.7

atau

b) melalui email ke alqudrah.my@gmail.com dengan:
>Tajuk email: SAH HADIR
>kandungan email:
– Nama:
– No Kad Pengenalan:
– No telefon bimbit:
..
Yuran tahunan yang dicadangkan adalah RM60.00 setahun. Pemohon hendaklah menjelaskan separuh/penuh yuran tahun pertama semasa pendaftaran nanti.

Pada sebelah pagi akan diadakan kursus pendek rawatan herba, senaman pernafasan melayu dan demontrasi pertahanan diri dengan kos dikenakan ke atas peserta sebanyak RM50.00 seorang.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk tabung jemaah jika ada yang ingin menderma untuk melancarkansebarang program yang akan dirangka/bantuan kepada komuniti daif sebagaimana yang kami lakukan pada setiap tahun/jika perlu.

Kelebihan menjadi ahli akan kami beritahu semasa program atau boleh juga pihak tuan/puan melihatnya di FB saya dan laman ini.

Hanya kepada AllaaH swt kami bersrrah dan mengharapkan segala rahmat serta keredhoaan selama menjalankan amanah ini.

JazaakumullaaHu kharil jazaa. Wassalaam

Saif Al-hazmi Al-Kalantani (مرشد العام)
https://www.facebook.com/cyefull

 

10835426_451072928426041_8621303544999412336_o 11914754_451073071759360_8056052739196920805_o

Berikut adalah panduan peta jalan ke tempat kursus/mesyuarat yang akan di adakan nanti untuk kemudahan peserta.

mhc6mhc2mhc3mhc4photo

PERTUBUHAN JEMAAH AL-QUDRAH SEMALAYSIA (AQSA)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

LOGO1

الحمد لله, pada hari ini, 19 Julai 2015, JEMAAH AL-QUDRAH SEMALAYSIA (AQSA) telah berjaya didaftarkan secara rasmi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berlandaskan Islam sebagai tonggaknya. Kesinambungan daripada itu, keahlian bagi pertubuhan ini telah dibuka.

Matlamat penubuhan AQSA adalah seperti berikut :
1. Meletakkan dasar Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dasar dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai pegangan amalan semua ahli Jemaah.
2. Berusaha untuk menjadikan perubatan islam sebagai alternatif utama dalam perawatan.
3. Mengamalkan ruqyah Syar’iyyah dan kaunseling dalam membantu mereka yang memerlukan ikhtiar pengubatan alternatif Islam bagi masalah mental, fizikal dan gangguan.
4. Mengukuhkan ikatan persaudaraan bagi meningkatkan kualiti kehidupan ummah melalui program dan aktiviti riadah secara berjemaah di kalangan ikhwan Jemaah.
5. Mendukung pelaksanaan cita-cita dan nilai hidup Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
6. Bekerjasama dengan mana-mana badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam mencapai matlamat diatas dasar dan persetujuan bersama.

Maka untuk melancarkan lagi perjalanan jemaah ini, blog ini telah diujudkan bagi menyampaikan sebarang maklumat berkaitan program dan aktiviti jemaah kepada ahli dan orang awam.

status-ros-aqsa

Sedikit Coretan Majlis Himpunan Pewaris Perguruan Seni Tapak Suci 2011

Salaamun ‘alaikum.

Segala puji dan syukur kepada AllaaH swt yang telah mengizinkan kami, guru-guru tua, lama, wakil-wakil guru dan murid berkumpul di bawah satu bumbung dalam rangka perhimpunan sulung perguruan.

Rancangan ini sebenarnya dah lama ambo dok fikir-fikir tapi tak pernah kesampaian. Sehingalah, YB Dato’ Ustaz Nik Mohd Amar, membukakan cadangan secara terbuka di laman web PSTS http://tapaksuci.net beberapa bulan yang lepas. YB adalah merupakan bakal penanggung amanah perguruan yang diwasiatkan sendiri oleh Guru Utama PSTS kelantan iaitu Allahyarham Tuan Guru Hj Zakaria Bin Wan Abdullah yang lebih mesra dengan gelaran ‘Abe Ya’. Ambo lah yang mendengar amanah ini dari mulut beliau sendiri semasa beliau masih ada di dunia ini.

Majlis ini dihadiri oleh pelbagai lapisan tingkat guru dari lapis pertama sehinggalah wakil-wakil guru lapis 3. Ada juga yang hadir untuk diinisiasi dan pengijazahan. Di antara guru tua yang hadir adalah YB dato; sendiri dan Paksu Yassin, Kg Gunung. Manakala guru-guru lain adalah seperti Abang Mat dari Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Tuan Azhar Tuan Mat, Ustaz Fakhruddin, Merapoh, Pahang dan ramai lagi.

Majlis telah diadakan pada 3 September 2011 bertempat di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan yang dianjurkan oleh YB Dato’ sendiri.

Di bawah ini ada beberapa rakaman yang boleh dihayati bersama. Ada rakaman yang saya perolehi daripada blog Ustaz Fakhruddin (http://nuras-syifa.blogspot.com), FB Pewaris Tapak Suci Abg Mat PCB dan sumber-sumber lain. Mereka bersusah payah ambil rakaman sedangkan saya tak dapat nak ke mana-mana bila YB minta dok kat depan dan kena demo langkahan guru. JazaakumullaaH. Bila bila tengok anak-anak buah main kat gelanggang lagi zauk. Mereka masih kuat dan gagah. Stamina bagus. Perut masih belum jauh ke depan lagi. Huhuhu…

 

Video ehsan daripada blog Ustaz Fakhruddin

 

Rakaman pandangan sisi. Video ehsan daripada rakaman Abg Mat PCB. terima kasih Abg Mat (Pautan video di Facebook beliau, http://www.facebook.com/video/video.php?v=2390357681823)

Ambo buat demo untuk hadirin (Langkahan Syarif HidaayatullaaH. Masa ni tengah demam. Bila dah main, rasa segar la pulak. AlhamdulillaaH)

 

Guru Lama (Abg Mat Gelanggang PCB, Kota Bharu, Kelantan) sedang buat demo gerak seni beliau.

 

Demo Jurus Asas 10 oleh murid Guru Tua Paksu Yassin dari gelanggang Kg Gunung, Kelantan.

 

Sebenarnya kebanyakan gelanggang hanya menerima murid dari kalangan mereka yang kukuh pegangan agama atau sedang belajar di sekolah-sekolah pondok (agama) sahaja. Namun, demi menjaga warisan agar tidak putus, gelanggang PSTS akan cuba dibuka semampunya tanpa meninggalkan syarat-syarat yang perlu.

Ada yang tanya pasal fidyah. Hmmm… Ini bergantung kepada guru yang akan perturunkan keilmuan. Ada yang minta disediakan sepersalinan alatan solat, ada yang minta disediakan kain pelikat dan sebagainya. Namun tak ada yang minta sediakan wang tebusan 100 ringgit atau 1000 ringgit.

Apakah pantangnya? Jawabnya adalah, jagalah islam, iman dan ehsan masing-masing agar tetap kukuh dan berada di atas landasan yang haq.

Kepada sesiapa yang beragama islam dan berminat menerima pelajaran PSTS, bolehlah merujuk di laman web rasmi http://tapaksuci.net bagi mencari alamat gelanggang berdekatan jika ada. Jika tiada, bolehlah berkunjung ke mana-mana gelanggang di Kelantan untuk menerima ijazahannya.

Adakah ambo menerima murid? Hmmm… ambo syorkan, pergilah mengadap guru-guru yang lebih tua dahulu.

Ambo akan usahakan menambahkan gambar-gambar perhimpunan jika ada.

Wassalaam.

Doa Setelah Berbuka Puasa Romadhon

 

Salaamun ‘alaikum yaa Ikhwaanal Muslimiin.

Sempena esok insyaa AllaaH, kita akan mula menunaikan ibadah puasa, maka inginlah saya kongsikan doa setelah berbuka bagi yang belum mengetahuinya. Sebelum itu, inginlah saya menarik perhatian bahawa doa yang biasa dibacakan sebelum berbuka itu yang bermula dengan ” AllaaHumma laka Sumtu…” adalah dhoif dan ada juga yang palsu kerana perawi-perawinya adalah pendusta atau lemah. Haids yang dhoif tidak boleh dijadikan hujah namun untuk diamalkan tiadalah masalah. Namun hadis yang palsu tidak boleh dijadikan sebarang sandaran dengan nya. WallaaHu a’lam.

Berikut adalah doanya setelah berbuka daripada hadis hasan (baik mutunya):

Dalam hadis riwayat Abu Dawud, al-Nasa-i, al-Hakim dan lain-lain menerangkan bahwa Ibnu ‘Umar ra berkata: Rasulullah (saw) apabila selesai berbuka puasa, Baginda (saw) membaca doa,

“ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ الله”

Dalam romanisnya, “(dz)aHabazZomaa-k, wabtallatil ‘uruuq, wa (ts)abatal ajr, Insyaa AllaaH”.

yang bermaksud:

“Telah hilang rasa haus, Urat-urat telah basah, Dan pahala telah ditetapkan, Insyaa AllaaH”

Bacalah setelah kita berbuka. Sebelum berbuka bacalah doa sebelum makan yang biasa dengan diawali dengan BismillaaH…

Wassalaamu ‘alaikum.

Sihir 1 (Episod 2, bahagian 3: Ilmu Ajian Rawa Rontek)

(Sambungan)

 

AlhamdulillaaH. Selama beberapa malam, pesakit dapat tidur dengan nyenyak dan tenaga beliau semakin pulih dan boleh melakukan kerja seperti biasa. Beliau mula berani keluar rumah untuk ke pasar membeli barang-barang keperluan dapur tanpa perlu merasa risau yang keterlaluan meninggalkan anak-anak di rumah bermain-main dengan jiran tetangga. Kami perawat turut dihubungi dan ucapan terima kasih diberikan oleh Encik Z dan isterinyanya (pesakit) kepada kami.

Gambar Hiasan Sahaja

Selang beberapa hari kemudian, saya mendapat panggilan lagi daripada Encik Z. “Hmmm… Apa lagi nih?” Fikir saya dalam benak hati. Saya mengangkat telefon dengan penuh tanda tanya. Lega hati saya apabila Encik Z memberitahu bahawa beliau menelefon saya hanya semata-mata ingin berbual dengan saya sambil bertanya khabar berita. Beliau juga memberitahu bahawa ‘Sheikh’ tersebut meminta beliau membahagi-bahagikan barangan yang pesakit terima daripada beliau secara ghaib itu kepada perawat-perawat yang terlibat. Saya berfikir panjang, namun tidak menyatakan pandangan saya kepada beliau demi menjaga hati dan perasaan Encik Z.

Kira-kira seminggu selepas itu saya mendapat panggilan lagi daripada Encik Z dengan suaranya yang cemas. Katanya, pesakit iaitu isteri beliau, telah diganggu lagi dengan gangguan yang lebih teruk dan boleh membahayakan nyawa beliau. Rambutnya telah dipotong separuh oleh sejenis makhluk yang kasat mata. Beliau menangis memikirkan musibah yang tidak kunjung padam menimpa beliau semenjak lebih setahun yang lepas. Saya juga merasa hairan kerana sepengetahuan dan pemerhatian saya, ‘pagar’ yang diikhtiarkan oleh perawat-perawat sebelum ini masih baik dan tidak musnah.

Disebabkan hal itu, saya mengambil keputusan untuk menerima pesakit sebagai murid agar beliau dapat saya pantau dengan lebih baik dan berterusan apabila ada ikatan kerohanian serta menyediakan diri beliau dengan ‘tapak’ yang kukuh. Saya memberitahu maksud saya kepada Encik Z dan beliau amat berbesar hati dengan tawaran yang saya berikan itu. Saya minta beliau bertanya dengan isteri beliau dan isteri beliau juga amat bersetuju. Lalu pada malam itu dijalankan pengijazahan secara jarak jauh melalui telefon. Amalan-amalan khusus diberikan untuk diamalkan segera. Nasihat-nasihat kerohanian diberikan agar beliau dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang salik yang benar.

Setelah 30 minit beliau mulakan amalan, dengan izin AllaaH swt, beliau dapat merasakan kehadiran ‘seseorang’ di sisi beliau dengan tujuan yang tidak baik. Maka dengan penuh keyakinan, beliau berpaling ke arah tersebut dan melihat sebilah pisau sedang melayang laju ke arahnya. Beliau sempat mengelak dan meberikan satu penumbuk kea rah ‘makhluk’ itu dan dapat melihat percikan darah yang berwarna merah jambu terpercik sedikit. Pisau itu terlepas daripada genggaman makhluk itu dan terjatuh ke lantai. Rupa-rupanya pisau tersebut sempat terkena dan mengiyakkan sedikit pakaian yang sedang dipakainya waktu itu. AlhamdulillaaH. Segala puji dan kesyukuran kepad AllaaH swt yang telah menyelamatkan beliau daripada musibah tersebut. Beliau juga mendengar kata-kata dari satu makhluk yang tidak dapat beliau pastikan bahawa walau apa pun, beliau (pesakit) akan dibunuh segera.

Saya memberitahu cara-cara pelupusan pisau tersebut kepada Encik Z dan meminta beliau bersabar dengan ujian itu. Walaupun sedih, marah dan ketakutan, namun beliau bersyukur kepada AllaaH swt yang telah mengizinkan kepada isterinya ‘terbuka’ ‘mata batin’nya dan meningkat kepekaannya.

(…bersambung)

Sihir 1 (Episod 2, bahagian 2: Ilmu Ajian Rawa Rontek)

(Sambungan dari episode 2, bahagian 1)

Hmmm… pada keesokan harinya pesakit bermimpi lagi mengenai penggunaan peralatan solat yang diberikan oleh ‘Sheikh Abdul Qadir Jilani’ itu. Suami pesakit, Encik Z memang pernah baca dan tahu sedikit sebanyak mengenai seorang wali agung yang bernama Sheikh Abdul Qadir al-Jailani ra. Maka beliau terasa sedikit teruja kerana adanya pertolongan dari ruh wali tersebut. Beliau cukup gembira.

Saya mencadangkan kepada pesakit, kalau nak guna jugak peralatan yang diterima itu, ambillah kain kkano, tasbih dan sejadah sahaja. Peralatan yang lain hendaklah dibiarkan sahaja. Maka, beliau bersetuju. Kalau tidak silap saya, solat zohor hari tu, beliau dah gunakan. Pada keesokan harinya, masa nak solat subuh, didapati kain kkano tersebut tiada. Yang lain semua ada. Sekali lagi Encik Z menelefon saya memberitahu perihal kejadian itu. Saya merasa bertambah hairan dan mengambil keputusan untuk ‘mengembara’ melihat hubungan atau kaitan malasah yang berlaku. Hmmm… Rupanya, sheikh yang hadir dalam mimpi tu memang Sheikh Abdul Qadir tetapi bukanlah Sheikh Abdul Qadir wali yang terkenal itu. Sebaliknya beliau adalah ‘sheikh’ yang selalu mendampingi bomoh-bomoh atau orang-orang sakti dari seberang dan juga di negara kita ini. Asalnya Sheikh ini dulu adalah seorang pahlawan yang tersohor di zamannya dahulu di Tanah Seberang. Jadi dia bukanlah wali AllaaH swt yang dimaksudkan itu.

Kenapa kain kkano tersebut diambil balik? Alasannya adalah kerana beliau melihat kain kkano pesakit amat lusuh dan buruk. Maka beliau meminjamkannya sekejap kepada pesakit untuk tujuan solat buat sementara pesakit mendapatkan yang baru. Hmmm… Kenapa ambil balik masa kkano baru belum dibeli oleh pesakit?

Saya mula berbincang dengan beberapa orang perawat termasuk ustaz F serta beberapa orang murid saya. Kami berbincang di Skype, bagaimana nak ‘handle’ kes ni seterusnya. Oleh itu pada malam itu, Ustaz F akan ke rumah pesakit, saya dan yang lain akan melakukan ikhtiar secara ‘jarak jauh’.

Pada malam itu, Ustaz F solat maghrib di rumah pesakit dan melakukan tugasnya sebagai perawat Islam. Beliau memulakan rawatan dengan nasihat-nasihat agama dan tunjuk ajar yang perlu. Setelah itu beliau melakukan rukyah dan pagaran khusus dan umum. Hasil daripada kerja-kerja itu, beliau merasakan keletihan yang teramat sangat dan tubuhnya sakit-sakit. Dari pantauan jarak jauh, saya melihat bahawa ia berpunca daripada pertembungan energy pagaran yang dibuat oleh seseorang yang lain serta energy negative daripada sihir pada pesakit. Kenapa boleh jadi macam ni pula? Bukankah kedua-duanya adalah perawat Islam dan bertindak untuk menyelesaikan masalah yang sama? Cuma caranya sahaja sedikit berbeza mengikut pengetahuan masing-masing. Dari sini kita melihat, perbezaan emosi akan menyebabkan benturan energi. Sebab itulah, sejak zaman dahulu lagi rawatan kes pesakit akibat gangguan makhluk halus tidak melibatkan perawat yang ramai dalam satu-satu masa. Kalau nak cari yang lain pun, perlulah habiskan satu persatu. Nasib baik pada malam itu, saya dan murid saya belum pula sempat melakukan acara rawatan kami. Kami hanya serahkan kepada yang lain kerana memikirkan masalah ‘gangguan’ yang tidak disengajakan semasa rawatan. Saya mengambil keputusan untuk membantu merawat Ustaz F secara sir bagi mengurangkan masalah yang ditanggung.

Gambar Hiasan

Saya juga mulakan tugas menilai pagaran yang diikhtiarkan oleh perawat. AlhamdulillaaH. Mungkin kami dan pesakit serta keluarga mereka dapat tidur dengan nyenyak.

(…Bersambung)